SEJARAH SEKOLAH
SJKT LADANG KEMAYAN
SJK (TAMIL) LADANG KEMAYAN, sebuah sekolah bantuan modal yang ditubuhkan pada tahun 1962 bertempat di Ladang Kemayan yang kini terletak lebih kurang 5km dari pekan Kemayan.
Pada awalnya,ladang ini dimiliki oleh pihak British.Tanaman utama ladang ini ialah getah.Luas ladang ini ialah 1000 ekar.Ketika itu, lebih kurang 50 keluarga tinggal di ladang ini.Hasil bantuan daripada pihak pentadbir ladang ini iaitu orang British,Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kemayan telah dibina.
Pada awalnya sekolah ini beroperasi dengan 2 orang guru termasuk Guru Besar dan bilangan murid seramai 20 orang.Murid-murid terdiri daripada anak penoreh getah yang berkerja di ladang ini.En. Munusamy a/l Perumal merupakan Guru Besar yang berkhidmat di sekolah ini.
Pada pertengahan tahun 1995,kejatuhan harga getah menyebabkan pihak pengurusan ladang menukar tanaman getah kepada kelapa sawit. Ini menyebabkan sebilangan pekerja ladang kehilangan pekerjaan dan terpaksa keluar untuk mencari pekerjaan lain. Kebanyakan mereke berpindah ke Pekan Kemayan.
Selama 20 tahun sekolah ini telah menghadapi pelbagai masalah yang melibatkan keadaan fizikal sekolah. kini serba sedikit masalah-masalah tesebut telah diselesaikan dengan bantuan Kerajaan dan orang ramai. Pada masa kini terdapat seramai 11 orang guru dan 107 orang murid.
ENROLMEN MURID MENGIKUT KELAS
| TAHUN | JUMLAH LELAKI | JUMLAH PEREMPUAN | JUMLAH BESAR |
| 1 |
7 |
13 |
20 |
2 |
11 |
6 |
17 |
3 |
10 |
14 |
24 |
4 |
6 |
12 |
18 |
5 |
4 |
9 |
13 |
6 |
11 |
3 |
14 |
